suria

Panggil anak tiri buka pintu, lelaki tembak kepala isteri kerana cemburu

Lelaki itu ditahan di tempat kejadian bersama senjata api yang digunakan. -Foto KhaoSod

SEORANG wanita berusia 38 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala selepas ditembak suaminya.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Ban Mai, Pak Kret, Nonthaburi, Thailand pada Sabtu malam.

Menurut laporan polis, suspek, Phonchai, 41, menggunakan anak tiri mangsa, Kitti, 19, untuk memanggil ibunya membuka pintu bilik sebelum melepaskan tembakan.

Mangsa, Dusadee, ditemukan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Chonprathan Pak Kret sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Polis mendapati kejadian berpunca daripada cemburu buta.

Phonchai mengaku menembak isterinya kerana percaya dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Suspek yang tidak melarikan diri, ditahan di tempat kejadian bersama senjata api yang digunakan.

Suspek kini berdepan tuduhan membunuh dengan niat, memiliki senjata api tanpa lesen dan memiliki peluru secara haram. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain