suria

Bergaduh di kelab malam, 2 lelaki cedera dipukul anggota polis

Mencederakan individu lain tanpa sebab merupakan satu kesalahan. -Gambar hiasan

SEORANG anggota polis didakwa menganiaya dua lelaki di sebuah pusat hiburan sehingga mangsa mengalami kecederaan parah.

Ia berlaku di D'Javu Bar, Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Manggarai Barat, AKBP Christian Kadang, insiden itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara pelaku dan dua mangsa.

Mereka dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dengan darah dilihat mengalir di wajah.

Mangsa menerima rawatan di fasiliti kesihatan di Labuan Bajo sebelum membuat laporan di Balai Polis Manggarai Barat.

Menurut Christian, kejadian bermula apabila salah seorang mangsa secara tidak sengaja menendang seorang pengunjung ketika hendak keluar dari D'Javu Bar.

Tindakan itu mengundang kemarahan anggota polis berkenaan yang kemudiannya menarik mereka keluar dari lokasi itu.

Walaupun sempat meminta maaf, mereka tetap dipukul oleh pihak polis tersebut.

Tiga individu tersebut berada di bawah pengaruh alkohol ketika insiden itu. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain