SEORANG guru wanita yang hamil selepas merogol kanak-kanak lelaki dihukum penjara selama 25 tahun. Alissa McCommon 38, membuat pengakuan bersalah pada Jumaat selepas dibicarakan atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun. Guru dari Tennessee, Amerika Syarikat itu diarahkan mendaftar sebagai pesalah seks, malah lesen mengajarnya turut dibatalkan. Mahkamah turut memerintahkan McCommon untuk tidak berhubung dengan mangsa serta anaknya yang lahir melalui hubungan terlarang itu. ARTIKEL BERKAITAN: Borak dalam ‘dating app’ sebelum ajak datang rumah, doktor gigi rogol 6 gadis... Mangsa paling muda umur 18 tahun Anak McCommon kini berada dalam jagaan neneknya. Untuk rekod, siasatan ke atasnya dibuat pada 2023 selepas seorang remaja lelaki berusia 16 tahun membuat laporan polis. Dedah remaja itu, dia pernah melakukan hubungan terlarang dengan wanita berkenaan ketika berusia 12 tahun. McCommon ditangkap pada 8 September tahun lalu dan turut mempunyai 21 mangsa secara keseluruhan, berumur antara 12 dan 17 tahun. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube