suria

Saksi rakan lemas di depan mata, remaja nekad terjun laut cari mangsa

Pelbagai risiko menanti ketika bermain aktiviti air. -Gambar hiasan

PERCUTIAN di pantai bertukar tragedi.

Begitulah kisahnya apabila seorang remaja berusia 19 tahun dikenali sebagai YR hanya mampu melihat rakannya diseret ke tengah laut akibat ombak tinggi dalam kejadian di Pantai Malalayang, Sulawesi Utara, Indonesia pada awal minggu lalu.

Menerusi rakaman video yang menjadi tular, kelihatan YR menangis di tepi sebuah tebing kerana mengenangkan nasib rakannya, dia kemudian terjun ke dalam laut bergelora untuk cuba mencari mangsa yang hilang.

Orang ramai yang terkejut dengan perbuatan YR memanggilnya untuk berpatah balik ke pantai, namun tidak dihiraukan remaja itu, dia nekad untuk mendapatkan kembali sahabatnya.

Bagaimanapun, pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian segera menyelamatkan YR sebelum situasi bertambah buruk.

Rakan kepada YR yang hilang masih belum ditemukan hingga ke hari ini, operasi pencarian melibatkan pasukan penyelam dan bot tetap diteruskan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain