SEORANG wanita berusia 52 tahun maut selepas nekad terjun ke laut dari sebuah feri. Ketika kejadian, mangsa meninggalkan anaknya yang mengidap Austisme di dalam kereta yang ditumpangnya. Insiden berlaku ketika feri yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Ketapang, Banyuwangi ke Gilimanuk, Bali di Indonesia pada Sabtu. Mayat mangsa ditemukan di Pantai Prapat Agung, Bali. "Mangsa terjun walaupun sudah diberi amaran oleh penumpang lain," kata Komandan Pos Laut Gilimanuk (Danposal), Leftenan Marin Bayu Primanto, dipetik DetikBali. Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Buleleng, AKP Gede Darma Diatmika berkata, mayat mangsa dijumpai oleh seorang nelayan. "Saksi menemui mayat wanita memakai jaket biru, kemeja-T merah, berseluar hitam, terdampar di pantai di Buleleng," kata Darma. Kes masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar untuk proses bedah siasat. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube