POLIS menahan seorang mak nyah yang didapati terlibat dalam penghasilan serta pengedaran kandungan lucah secara dalam talian. Polis Thailand menahan suspek di bandar Nakhon Ratchasima selepas menyiasat akaun media sosial 'dark side' (DS) miliknya yang dipenuhi dengan video lucah. Suspek yang dikenali sebagai Natthakan mengiklankan akses penuh ke atas kandungan lucah itu dengan bayaran keahlian sekitar RM40. Polis turut menemui lebih 120 video lucah dalam simpanan mak nyah berusia 37 tahun itu. ARTIKEL BERKAITAN: Berlumba-lumba buat akaun ‘dark side’, melacur di media sosial... Rupanya terdesak cari duit sebab kawan pakai iPhone Video-video yang dihasilkan suspek melibatkan aksi seks dengan beberapa lelaki. Rakaman video lucah berkenaan dibuat di dalam kenderaan serta di bilik tidurnya. Ketika soal siasat, Natthakan mengaku berkenalan dengan beberapa lelaki tersebut menerusi aplikasi cari jodoh. Dia kini ditahan untuk tindakan undang-undang selanjutnya. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube