KECUAIAN yang membawa padah. Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki berusia 51 tahun maut digilis kereta api ketika leka membuat video kandungan TikTok dalam kejadian di wilayah Ratchaburi, Thailand pada minggu lalu. Mangsa yang dikenali sebagai Wiroj dikatakan meletakkan basikal di tengah landasan untuk merakam video, tanpa disedarinya ada kereta api yang pantas menghampirinya dari arah belakang. Mayat Wiroj dilaporkan mengalami kecederaan parah iaitu anggota tangan dan kakinya terputus serta kulit di bahagian belakang kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tengkorak. Dalam pada itu, basikal milik mangsa ditemukan terpelanting dan mengalami kerosakan iaitu sekitar 200 meter dari mayat mangsa. Wiroj difahamkan membuat video kandungan mengenai aktiviti berbasikal secara seorang diri. Pihak polis berkata Wiroj berkemungkinan tidak menyedari hon yang dibunyikan oleh konduktor kereta api memandangkan kedudukannya yang membelakangi tren. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube