SEORANG bapa dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana menjadikan empat anak perempuannya sebagai hamba seks. Pasangannya pula menerima hukuman penjara selama 13 tahun atas kesalahan sama. Pasangan warga Belgium berusia 40-an itu ditangkap di rumah mereka pada 30 Disember 2023. Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa menggunakan empat anak mereka untuk memenuhi fantasi seksual sejak Januari 2022. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rogol berpuluh-puluh wanita sejak 20 tahun lalu digantung di khalayak, ‘umpan’ mangsa ajak kahwin Mereka berdua dibicarakan di mahkamah di Tongeren atas tuduhan merogol empat anak yang berumur antara 12 dan 21 tahun. Polis dimaklumkan mengenai kes itu apabila dua anak perempuan mereka berjaya melarikan diri dengan menaiki basikal pada Disember tahun lalu. Menurut media tempatan, pasangan itu mendera anak-anak mereka kerana kekurangan dana untuk melanggan pelacur bagi aktiviti seks berkumpulan. Lebih menyedihkan, mangsa-mangsa pernah dirogol sebanyak sembilan kali dalam sehari dan turut diberi alkohol semasa penderaan seksual dilakukan. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube