SEORANG anak berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya akhirnya ditemukan di sebuah hotel. Ketika ditemui, mangsa berada di bilik hotel bersama seorang lelaki berusia 34 tahun. Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan. Kejadian berlaku di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia. Ketua Perhubungan Awam Polis Pelabuhan Tanjung Perak, Inspektor Suroto berkata, mangsa diserang secara seksual dengan dijanjikan untuk membeli pakaian dan makanan, menyebabkan mangsa tidak pulang ke rumah Menurut Suroto, kejadian bermula apabila mangsa dikatakan mengalami konflik dengan ibu bapanya menyebabkan dia keluar dari rumah, sebelum dibawa suspek ke hotel. "Suspek yang rapat dengan mangsa kerana sering meluahkan perasaannya sebelum ini. Ketika berjumpa, dia membeli pakaian mangsa dan berjanji akan membeli makanan," katanya pada Rabu. Ketika berada di hotel, mangsa diserang secara seksual. Hasil maklumat dan keterangan saksi serta mengesan keberadaan mangsa, polis segera ke lokasi kejadian. Suspek kini ditahan dan berdepan dengan pendakwaan mengikut Peraturan Perlindungan Kanak-Kanak. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube