SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di sebuah kedai serbaneka. Mangsa meninggal dunia selepas dipercayai menyentuh pintu folding gate (pintu automatik) yang mempunyai aliran elektrik. Kejadian berlaku di sebuah kedai serbaneka di Prigen, Pasuruan di Indonesia pada Rabu lalu. Ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakannya hendak membeli barang di premis tersebut. Mangsa dikatakan menyentuh pemegang pintu kedai ketika keluar sebelum tiba-tiba rebah di hadapan premis. Rakan-rakan dan orang ramai cuba membantu menyelamatkan mangsa tetapi gagal. Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Namun, siasatan lanjut masih diteruskan. Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Polis turut mengambil keterangan daripada saksi-saksi, termasuk rakan-rakan mangsa dan pekerja kedai serbaneka bagi membantu siasatan. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube