PEKUNG yang terbuka pasti akan membuatkan seseorang itu menjadi panik. Begitulah kisahnya apabila seorang wanita melanggar dan menyeret suaminya sejauh beberapa meter dengan menggunakan kereta selepas kantoi curang dalam kejadian di Jakarta Timur, Indonesia pada awal Disember. Timbalan Ketua Jawatankuasa III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ahmad Sahroni berkata si suami pada mulanya menangkap isterinya berjalan berpegangan tangan dengan lelaki lain. "Namun kronologi kejadian tentang bagaimana suami tersebut boleh dilanggar dan diseret oleh kereta isterinya masih belum dapat dipastikan. "Si isteri kemudiannya terus melarikan diri tanpa membantu suaminya yang terbaring kesakitan di tepi jalan. "Mangsa patah kaki akibat kejadian berkenaan dan kertas siasatan sudah dibuka. "Difahamkan isteri mangsa bukan hanya curang dengan seorang lelaki, namun dua individu berbeza," kata Ahmad Sahroni. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube