suria

Suami baran pukul, kurung isteri dalam rumah... Akhirnya ditembak 8 kali sampai mati

Isu keganasan domestik semakin meruncing saban hari. -Gambar hiasan

KEADAAN yang memaksa boleh mendorong seseorang itu bertindak di luar kawalan.

Begitulah kisahnya apabila seorang wanita menembak suaminya sehingga mati demi menyelamatkan dirinya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam kejadian di Phan Thong, wilayah Chon Buri, Thailand pada Sabtu, 14 Disember.

Mangsa dikenali sebagai Anantaya yang berusia 39 tahun berkata pasangannya itu sering memukul dan mengurungnya di dalam kediaman mereka.

Menceritakan semula detik kejadian, Anantaya memberitahu dia dan suami pada mulanya bertengkar kerana perasaan cemburu dan masalah kewangan.

Seterusnya apabila ketegangan mencapai tahap kemuncak, si suami yang dikenali sebagai Chumpol dikatakan memukul dan mengurung Anantaya serta memotong rambut wanita itu tanpa kerelaan.

Malah Chumpol juga didakwa mengacukan pistol ke arah Anantaya untuk menakut-nakutkannya

Risau nyawanya dalam bahaya, Anantaya segera mengambil sepucuk pistol lain di dalam rumah itu dan menembak suaminya sehingga mati.

Anggota polis tempatan kemudiannya menemukan mayat Chumpol tertiarap di atas lantai dengan lapan kesan tembakan, lima daripadanya menembusi dada.

Sementara itu, Anantaya ketika ditahan polis hanya duduk di luar rumah sambil menangis, wanita itu dibawa ke balai untuk membantu siasatan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia