POLIS menahan dua lelaki atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan sehingga hamil. Kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengadu tidak sihat dan dibawa ke hospital oleh ibu saudaranya. Insiden tragis itu berlaku di Maharashta, India. Hasil pemeriksaan doktor mendapati gadis berusia 17 tahun itu hamil tiga bulan. Selepas disoal, mangsa mengaku dirogol oleh empat lelaki antara Julai dan September tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rogol berpuluh-puluh wanita sejak 20 tahun lalu digantung di khalayak, ‘umpan’ mangsa ajak kahwin Susulan itu, polis menahan dua lelaki pada Sabtu, manakala dua lagi suspek masih bebas. Siasatan mendapati gadis itu dirogol di dalam rumah ketika dia bersendirian. Empat suspek bekerja dengan sebuah syarikat katering berdekatan kediamannya. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube