SEORANG lelaki berusia 28 tahun ditahan polis selepas membunuh rakannya sendiri. Pembunuhan itu terjadi selepas pelaku berasa sakit hati kerana diajak mangsa melakukan hubungan sejenis. Kejadian itu berlaku ketika mereka berada di Desa Isimu Raya, Kecamatan Tibawa, Gorontalo, Indonesia pada Khamis. Menurut pihak polis di Gorontalo, Faisal Ariyoga Harianja berkata, pelaku bersetuju apabila mangsa mengajaknya berjalan-jalan. Namun setibanya di lokasi, mangsa memaksa pelaku melakukan hubungan sejenis. Pelaku menolak dan berlaku pertengkaran antara mereka. Dalam keadaan marah, pelaku menyerang mangsa dengan mengambil batu dan menghentak kepalanya sehingga meninggal dunia. Polis kemudian menahan pelaku di rumahnya pada hari kejadian. Batu yang digunakan dalam pembunuhan itu turut dirampas sebagai bukti. Pelaku kini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan (KUHP) tentang pembunuhan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube