suria

Pengemis merempat rupanya hidup senang, ada lebih RM100,000 dalam bank

Seseorang itu seharusnya menyara hidup dengan cara yang diberkati. -Gambar hiasan

KEJAYAAN tidak akan datang bergolek.

Namun ada sesetengah individu yang gemar mengambil jalan pintas untuk cepat kaya dengan cara menagih simpati masyarakat.

Begitulah kisahnya apabila 12 individu termasuk warga asing ditahan kerana menjalankan aktiviti mengemis dalam kejadian di Jalan Sukhumvit, Bangkok, Thailand pada Khamis, 12 Disember.

Operasi membanteras pengemis itu dilancarkan selepas polis menerima banyak aduan daripada orang awam yang berasa terganggu dan kurang senang dengan modus operandi sedemikian.

"Ketika serbuan, polis memberkas lapan warga Thailand, dua rakyat Kemboja serta dua individu yang masing-masing warga Laos dan Myanmar.

"Mereka ditahan kerana mengemis di tempat awam. Empat pendatang asing terbabit turut berdepan kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah," ujar jurucakap polis.

Lebih mengejutkan apabila polis menemukan wang berjumlah 1 juta baht (RM130,420) dalam akaun simpanan salah seorang suspek yang ditahan.

"Mereka dihantar ke Balai Polis Lumpini untuk tindakan selanjutnya," ujar polis. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain