SEBUTIR bom tangan dilemparkan ke arah Pesta Tahunan yang sedang berlangsung di daerah Umphang, wilayah Tak, Thailand pada malam Jumaat. Serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 48 lagi cedera. Difahamkan bom tangan itu dilontarkan ke depan pentas ketika pengunjung dan penduduk tempatan sedang menari. Dalam pada itu, polis dan tentera menahan dua suspek remaja lelaki, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun yang merupakan warganegara Thailand. Difahamkan remaja terbabit membawa beg galas yang mengandungi peranti letupan buatan (IED), bertujuan menyasarkan festival berkenaan. Pesta yang diadakan selama tujuh malam, dari 8 Disember hingga 14 Disember itu dikatakan berlangsung ketika dua kumpulan remaja samseng sedang berperang sesama sendiri. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube