suria

Ketua kampung cabul, raba payudara staf wanita di pejabat... Perbuatan dirakam CCTV

Tular rakaman CCTV menunjukkan suspek mencabul pekerjanya. Foto Istimewa/iNews

SEORANG ketua kampung didakwa mencabul dengan meraba payudara seorang pekerja perempuan di pejabatnya.

Perbuatan terkutuk itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman menunjukkan tindakan tersebut dilakukan pada waktu berbeza, salah satunya berlaku di meja tetamu pentadbiran.

Kejadian berlaku di Padang Barat, Kota Padang di Sumatera Barat, Indonesia.

Polis Padang memanggil semua kakitangan untuk memberi keterangan berhubung kejadian tersebut.

Susulan itu, suspek digantung sementara jawatannya sehingga hasil siasatan selesai. Jika terbukti bersalah, suspek akan digugurkan daripada jawatannya.

Suspek berkhidmat sebagai ketua kampung selama dua tahun dan mempunyai seorang isteri. Sementara itu, mangsa berstatus janda.

Sebagai peringatan, perbuatan mencabul adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain