SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia kerana mengalami beberapa kecederaan pada Rabu. Sebelum meninggal dunia, mangsa sempat mendapatkan rawatan di Hospital Sakinah, Mojokerto di Indonesia. Mangsa dibawa ke hospital oleh ibunya dan seorang lelaki yang merupakan kekasih wanita itu. Curiga dengan punca kematian itu, bapa kandung mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Difahamkan, hubungan antara ibu dan bapa kandung mangsa bermasalah menyebabkan mereka tidak lagi tinggal bersama. Polis kemudiannya menahan ibu mangsa dan kekasihnya itu kerana didakwa merancang pembunuhan kanak-kanak itu. Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal kerana terdapat lebam akibat pukulan benda tumpul serta kesan gigitan pada tubuh. Selain itu, mangsa juga dipaksa menelan susu yang dicampur racun tikus oleh kedua-dua suspek selama empat hari. Kedua-dua suspek didakwa atas kesalahan pembunuhan terancang dengan hukuman penjara 20 tahun atau hukuman mati. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube