suria

Peniaga diikat pada pokok, dibelasah beramai-ramai sampai mati… Puncanya difitnah curi motor

Peniaga itu ditemukan maut selepas dipukul 4 suspek. -Gambar hiasan (detikcom)

SEORANG peniaga telur gulung berusia 32 tahun meninggal dunia selepas dipukul beramai-ramai kerana dituduh mencuri motosikal.

Kejadian berlaku di Tebet, Jakarta Selatan, Indonesia.

Empat suspek bertindak memukul mangsa di Bekasi sebelum membawanya ke Tebet.

Mangsa yang cedera diikat pada sebatang pokok dengan alasan mengelakkannya melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa ditemukan mati keesokan harinya.

Ketua Polis Tebet, Kompol Murodih, memaklumkan semua suspek tidak membawa mangsa ke hospital kerana tiada wang untuk membiayai kos rawatan.

Siasatan juga mendapati mangsa bukanlah pelaku kes curi motosikal itu.

Polis menahan keempat-empat suspek dan mendakwa mereka di bawah kesalahan menyebabkan kematian, dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia