suria

Gadis pujuk perogol pakai kondom, gigit jari sampai tercabut kuku sebelum berjaya lolos

Kuku suspek tercabut selepas jarinya digigit oleh gadis itu. -Foto Channel 7

SEORANG gadis berusia 19 tahun terselamat daripada cubaan rogol di rumahnya selepas dia menggigit jari suspek.

Ia berlaku di wilayah Isaan, Nakhon Ratchasima, Thailand pada awal pagi Isnin.

Suspek yang dikenali sebagai Thawatchai, 29, menceroboh rumah mangsa kira-kira pukul 2 pagi.

Bagaimanapun, mangsa tersedar selepas semua pakaiannya dibuka oleh lelaki itu.

Mangsa cuba lari, namun dia berjaya ditangkap oleh Thawatchai.

Sedar dia sudah tidak boleh melarikan diri, mangsa memujuk suspek dengan menyuruhnya mandi dan memakai kondom.

Ketika itu, mangsa menghubungi jiran dan pihak polis untuk memaklumkan kejadian itu.

Thawatchai kemudiannya sekali lagi cuba merogol mangsa, namun gadis itu menggigit jari manis suspek, menyebabkan kukunya tercabut.

Pegawai dari Balai Polis Nongsarai kemudiannya tiba di tempat kejadian dan menangkap suspek.

Untuk rekod, suspek merupakan seorang bekas tentera yang juga bapa kepada seorang cahaya mata.

Suspek pernah menjalani perkhidmatan tentera selama dua tahun.

Suspek berpisah dengan isterinya kerana masalah ketagihan dadah jenis Yaba atau pil kuda. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain