suria

Berbogel dalam kereta, lelaki umur 40 tahun ditahan polis

Seorang lelaki ditahan kerana berbogel di dalam sebuah kenderaan e-hailing. -Gambar hiasan

PEMANDU e-hailing berdepan pelbagai cabaran dalam menjalankan pekerjaan mereka.

Selain cabaran trafik, mereka juga terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam penumpang.

Di Lakeland, Florida, seorang pemandu e-hailing berdepan gangguan seksual apabila penumpangnya membuka pakaian di dalam kenderaan.

Penumpang lelaki itu berbogel ketika dia sedang dihantar ke satu lokasi di Auburndale.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bogel mengamuk di pasar, tendang kereta polis sebelum lari masuk kedai makan

Menurut kenyataan polis yang dimuat naik di media sosial, pemandu mendengar bunyi pelik sebelum menyedari penumpangnya sudah tidak berpakaian.

"Pemandu itu memaklumkan dia menjemput penumpang berkenaan, kemudian dia mendengar bunyi pelik di tempat duduk belakang.

"Dia berpusing dan melihat lelaki itu sudah membuka baju, seluar dan pakaian dalamnya. Pemandu tegur supaya dia menghentikan perbuatannya," menurut kenyataan itu.

Lelaki berusia 40 tahun itu kemudiannya ditahan dan didakwa atas kesalahan melakukan perbuatan tidak sopan dengan organ seksual di tempat awam. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain