suria

Guru tergamak bakar pelajar gara-gara tuduhan curi telefon

Seorang pelajar dibakar gara-gara dituduh mencuri telefon bimbit rakan. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar di sebuah sekolah dibakar gara-gara dituduh mencuri telefon bimbit milik rakannya.

Mangsa yang merupakan remaja berusia 16 tahun itu dipercayai dibakar oleh seorang guru agama.

Susulan itu, mangsa mengalami lecur 38 peratus di bahagian kaki dan wajah.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Simo, Boyolali, Jawa Tengah di Indonesia pada Isnin lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Boyolali, Inspektor Joko Purwadi berkata, insiden tersebut berlaku di salah sebuah bilik tetamu di sekolah berasrama.

"Mangsa belajar di sekolah berkenaan sejak Julai 2024," katanya dipetik Antara sebagai berkata, pada Rabu.

Menurut Joko, kejadian bermula apabila suspek menerima aduan daripada adiknya yang kehilangan telefon bimbitnya.

"Semasa proses soal siasat di bilik tetamu, suspek menakutkan mangsa dan mengugutnya sebelum menyimbahnya dengan minyak petrol pada badan mangsa.

"Mangsa yang tidak mahu mengaku kemudian dibakar oleh suspek menggunakan pemetik api," kata Joko.

Kes tersebut masih dalam siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain