SEORANG guru mengaji berusia 69 tahun nyaris dipukul penduduk kampung gara-gara satu kejadian yang berlaku di bilik di sebuah masjid. Tindakan warga kampung itu selepas lelaki warga emas itu didakwa mencabul lima muridnya. Namun, pihak polis berjaya mengawal keadaan dan menangkap suspek pada Ahad lalu. Perbuatan terkutuk itu didakwa berlaku di sebuah masjid di Kota Baubau, Sulawesi Tenggara, Indonesia. Ia terbongkar selepas seorang mangsa berusia sembilan tahun mengadu kepada ibu bapanya mengenai insiden cabul pada 28 November lalu. Menurut mangsa pertama, suspek mengajaknya masuk ke bilik yang digunakan sebagai tempat tinggalnya di masjid ketika mengikuti kelas mengaji bersama suspek. Walaupun mangsa menolak, suspek tetap memaksa dengan menarik tangannya masuk ke bilik. Di dalam bilik tersebut, suspek mencium dan menyentuh bahagian sulit sebelum mangsa sempat melarikan diri. Selepas mangsa pertama melarikan diri, suspek memanggil seorang lagi individu lain ke dalam bilik. Di dalam bilik sama, suspek didakwa mengarahkan mangsa kedua menanggalkan bajunya dengan janji akan diberikan wang sebanyak 100,000 Rupiah (RM27). Apabila mangsa menolak, suspek tetap memaksanya dan mencabulnya. Kedua-dua mangsa pulang ke rumah dan menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapa masing-masing, yang kemudian membuat laporan polis. Berdasarkan hasil siasatan, polis mendapati tiga lagi murid berusia 10 tahun turut menjadi mangsa pencabulan oleh suspek sejak 2020. Menurut polis, suspek akan memaksa mangsa bersumpah dengan al-Quran dan wang sogokan agar mereka tidak mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa. Susulan itu, suspek kini ditahan dan berdepan pertuduhan berkaitan perlindungan kanak-kanak dan penjara maksimum 15 tahun jika disabitkan kesalahan. Sebagai peringatan, perbuatan cabul adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube