SEORANG pekerja ladang tergamak membunuh teman wanitanya berstatus janda di sebuah pondok di kawasan sawah. Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel. Perbuatan itu dilakukan bermotifkan cemburu selepas suspek dan mangsa masing-masing berusia 32 dan 27 tahun melakukan hubungan intim. Kejadian berlaku di Medokan Semampir, Sukolilo di Surabaya, Indonesia. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Malang, AKP Muhammad Nur berkata, suspek dan mangsa merupakan rakan sejak kecil dan juga berjiran. "Pada Oktober lalu, kira-kira dua bulan lalu kedua-dua mereka berkomunikasi melalui WhatsApp dan berjumpa di Malang pada 15 Disember lalu," katanya pada Jumaat. Suspek kemudian mengambil mangsa menaiki motosikal dan membawanya bersiar-siar di sekitar Malang ke Kepanjen. "Selepas beberapa jam berjalan-jalan satu hingga dua jam sebelum berhenti di sebuah pondok kerana hujan. "Di pondok itulah mereka melakukan hubungan intim," katanya. Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata, selepas itu, suspek mendapati terdapat perbualan mesej antara mangsa bersama lelaki lain. "Suspek bertanyakan mangsa mengenai identiti lelaki itu, apatah lagi dia dipanggil sayang, Kemudian ditanya suspek, kata kawan, tetapi kenapa dipanggil 'sayang'. "Suspek kemudian bertindak merampas telefon bimbit mangsa sebelum memukulnya," katanya. Pada 17 Disember lalu, polis menerima laporan daripada penduduk mengenai penemuan mayat wanita separuh bogel di sebuah pondok. Suspek kini didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah berhubung pembunuhan dan berhadapan hukuman ancaman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan. Selain itu, ia juga di bawah Perkara 351 Kanun Jenayah perenggan 3 membawa hukuman penjara 7 tahun. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube