SEORANG doktor gigi berusia 34 tahun dijatuhi hukuman penjara selepas dia didapati bersalah merogol enam gadis yang dikenalinya menerusi aplikasi mencari jodoh. Mengikut pertuduhan, Farzam Mehrabi berkenalan dengan enam gadis itu secara dalam talian sebelum mengajak mereka datang ke kediaman ibu bapanya di selatan Perth, Australia. Tertuduh turut memberi dadah kepada mangsa, selain melakukan keganasan seperti mencekik leher ketika merogol mereka dalam beberapa kejadian berasingan pada tahun 2022. Mahkamah diberitahu kesalahan itu berlaku selepas Mehrabi berpisah dengan kekasihnya dan dia mahu menikmati status bujangnya dengan "sengaja mencari hubungan seksual kasual." ARTIKEL BERKAITAN: Gadis diumpan makan malam, rupanya helah BF nak puaskan nafsu... Siap upah 2 rakan rogol kekasih! Dia mencipta akaun di aplikasi mencari jodoh dengan menipu maklumat peribadi seperti usia serta ketinggiannya. Mehrabi memberitahu mangsa-mangsanya dia berusia 24 tahun iaitu 10 tahun lebih muda berbanding usia sebenarnya. Mahkamah Daerah di Perth akhirnya menetapkan hukuman penjara selama 15 tahun ke atas tertuduh. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube