LUCY-Anne Rushton, seorang ibu kepada lima cahaya mata meninggal dunia selepas menjadi mangsa keganasan suaminya, Shaun Dyson. Paling menyedihkan, Dyson mendera Lucy sehingga maut di hadapan anak-anak mereka di sebuah kediaman di Andover, Hampshire, United Kingdom (UK) pada 23 Jun 2019. Sebelum melakukan perbuatan kejam itu, Dyson turut memaksa Lucy menelan cincin perkahwinan mereka sebagai tanda penghinaan. Mayat Lucy ditemukan dengan 37 tulang rusuk patah, tulang dada remuk dan paru-paru yang rosak teruk. Akibat perbuatan itu, Dyson dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 17 tahun pada 2019. ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis didakwa dera isteri, tergamak biar mangsa ‘diratah’ beramai-ramai Sebelum tragedi itu, keluarga mangsa pernah membuat laporan, namun polis hanya membuat lawatan singkat ke rumahnya tanpa sebarang tindakan lanjut. Dalam pada itu, inkues terbaharu kematian Lucy yang dijalankan pada 18 Disember mendapati polis Dorset dan Hampshire Constabulary menjadi punca mangsa dibunuh suaminya. Siasatan itu juga menyimpulkan pihak polis gagal mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi mangsa. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube