suria

Wanita dipukul, disamun lelaki baru dikenali... Mangsa sempat dibawa menginap di hotel

Mangsa sempat dibawa suspek ke bilik hotel. -Gambar hiasan

SEORANG wanita bukan sahaja diserang hingga cedera parah, malah disamun oleh lelaki yang baru dikenalinya.

Mangsa berusia 40 tahun menjadi mangsa samun dan pukul, dengan motosikal dan barang-barang miliknya dibawa lari.

Selain motosikal milik mangsa, antara barang-barang yang dicuri suspek adalah telefon bimbit, dua cincin, satu gelang tangan dan satu gelang kaki.

Kejadian berlaku di Karanganom, Klaten di Jawa Tengah, Indonesia pada Isnin.

Ketua Perhubungan Awam Polis Klaten, Iptu Nyoto berkata, mangsa dan suspek menginap di sebuah hotel di kawasan ceper.

Menurutnya, mangsa kemudian diajak suspek untuk keluar makan.

"Mangsa diajak menginap di sebuah hotel, selepas itu suspek mengajaknya keluar makan. Setibanya di kampung Jalan Troso, Karanganom, suspek memukul mangsa secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

"Selepas sedar, mangsa yang ditinggalkan bersendirian kemudian berjalan kaki meminta bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan polis," katanya detikJateng dipetik sebagai berkata, pada Selasa.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain