suria

Penduduk gempar temui mayat wanita tanpa seurat benang di pantai, ada kesan tikaman

Barangan milik mangsa yang turut ditemui sekitar lokasi kejadian. -Foto Detik.

PENDUDUK setempat dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan berbogel dan mempunyai kesan tikaman, pada pagi Ahad.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pantai Saoka, Kota Sorong, Papua, lapor Detik.

Ketua Polis Daerah Sorong Barat AKP Andi Yaqin berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan sekitar pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati terdapat kesan luka tikaman di bahagian dada mangsa.

"Identiti mangsa dikenal pasti sebagai KIY dan berusia 20 tahun.

"Mangsa mengalami kesan tikaman di dada. Polis turut menemui barangan dipercayai milik mangsa termasuk seluar dan sehelai baju, tidak jauh dari mayat," ujarnya.

Beliau menambah mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sele Be Solu, Bandaraya Sorong untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes berkenaan kini dalam siasatan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain