suria

Tragis! Gadis tunggang motosikal maut dihempap pokok tua, hajat makan besar tak kesampaian

Keadaan di sekitar lokasi kejadian pokok tumbang.

SEBATANG pokok kelapa sawit yang berusia 100 tahun tumbang akibat angin kencang sehingga meragut nyawa seorang penunggang motosikal iaitu remaja perempuan berusia 15 tahun.

Dalam kejadian di Maha Sarakham, Thailand pada Sabtu itu, difahamkan pokok berkenaan yang setinggi 20 meter terletak di bahu jalan berhampiran sebuah kuil.

Seorang ketua kampung dikenali sebagai Adisak Rattha berkata dia menerima laporan mengenai kejadian itu daripada penduduk setempat.

"Apabila saya dan pasukan sukarelawan tiba di tempat kejadian, didapati mayat mangsa terperangkap di bawah pokok yang tumbang. Mangsa dikenali sebagai Ice disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa dikenali sebagai Palm, 16, mengalami kecederaan pada bahagian kaki, dia dikejarkan ke hospital di mana kakinya terpaksa dipotong.

"Siasatan awal mendapati batang pokok tersebut yang sudah mereput menyebabkan ia kurang kukuh untuk menahan hentaman angin kencang. Pokok tumbang itu turut merosakkan kabel elektrik di kawasan sekitar," katanya.

Sementara itu, ibu kepada mangsa yang maut iaitu Janphen berkata ketika kejadian anaknya sedang dalam perjalanan untuk ke pasar raya bagi membeli barang dapur.

"Kami merancang untuk makan besar sempena cuti hujung minggu, tak sangka ini apa yang terjadi," ujarnya hiba. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain