suria

Pelancong jadi mangsa samun dalam kondo, tangan diikat... Hanya mampu lihat barang berharga dilarikan

Keadaan seorang pelancong yang menjadi mangsa samun.

SEORANG pelancong warganegara Turkiye melalui detik cemas apabila dia disamun dan tangannya diikat dalam kejadian di sebuah kondominium sekitar Pattaya, Thailand.

Pelancong dikenali sebagai Masis Erkol, 36, ditemukan dalam keadaan lemah oleh pengawal keselamatan kondominium ketika membuat rondaan.

Difahamkan Erkol diikat dengan menggunakan wayar getah oleh tiga penyerang yang memecah masuk ke dalam kediamannya.

Kumpulan penyamun terbabit melarikan sebuah komputer riba dan sejumlah besar mata wang kripto milik mangsa.

Walaupun dalam keadaan tangannya diikat, Erkol berjaya turun ke bawah dari rumahnya di tingkat lima untuk mendapatkan bantuan pengawal keselamatan.

Siasatan awal polis mempercayai suspek merupakan seseorang yang mengenali mangsa atau sudah mahir dengan selok-belok di dalam kondominium memandangkan kawasannya dikawal rapi.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti suspek dan bagaimana kumpulan penyamun itu berjaya menceroboh masuk ke dalam kondominium. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain