SEORANG remaja perempuan berusia 18 tahun mendakwa dirinya dirogol oleh 64 lelaki sejak usianya 13 tahun.
Setakat ini, seramai 44 individu ditahan dikaitkan dengan kes tersebut.
Insiden serangan seksual sejak lima tahun itu berlaku di Kerala, selatan India.
Menurut polis, suspek berusia antara 17 dan 47 tahun, termasuk jiran remaja itu, jurulatih sukan dan rakan bapa mangsa.
Polis turut memaklumkan bahawa mangsa didakwa dirogol secara beramai-ramai sebanyak tiga kali sejak lima tahun lalu.
Remaja itu melaporkan dakwaan penderaan seksual terhadapnya selepas sepasukan kaunselor yang bekerja di bawah skim kerajaan melawat rumahnya.
Kes tersebut masih dalam siasatan dan polis kini sedang memburu suspek yang terlibat.
Lebih banyak kertas siasatan dijangka dibuka berikutan dakwaan rogol tersebut.
Sebagai peringatan, perbuatan rogol, cabul dan serangan seksual merupakan satu jenayah serta salah di sisi undang-undang, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube