ISRAEL dan Hamas bersetuju untuk gencatan senjata bagi menghentikan perang 15 bulan di Gaza dan membebaskan baki tebusan.
Ia sekali gus meningkatkan harapan untuk menamatkan konflik dahsyat yang menggemparkan seluruh dunia.
Perjanjian secara berperingkat itu, akan berkuat kuasa pada Ahad, sehari sebelum Donald Trump kembali memegang jawatan sebagai presiden Amerika Syarikta (AS).
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin al-Thani.
Perjanjian itu menawarkan harapan untuk menghentikan dan berkemungkinan mengakhiri peperangan kejam yang menjadi babak paling maut dalam sejarah konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad.
Peperangan tersebut mengakibatkan Gaza berada dalam kehancuran dan kemusnahan.
Serangan di Gaza yang meletus sejak 7 Oktober 2023 itu mengorbankan lebih 46,000 nyawa dan memusnahkan harta-benda di wilayah itu. -Agensi