TINDAKAN seorang lelaki berhidung belang yang mencuri seluar dalam wanita pada ampaian menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat.
Malah lebih menggerunkan apabila lelaki terbabit turut dikatakan mengintip kaum Hawa di dalam rumah mereka.
Modus operandi lelaki itu terbongkar apabila dia terjatuh dari siling ketika cuba bersembunyi di dalam atap untuk merakam wanita mandi secara senyap-senyap.
Lelaki terbabit kemudiannya dikejar oleh penduduk kawasan perumahan sebelum ditahan oleh polis.
Bagaimanapun dia dibebaskan tidak lama selepas itu susulan diikat jamin oleh ibunya.
Penduduk tempatan yang risau kejadian sama berulang segera memotong pokok rendang di kawasan halaman untuk menyukarkan lelaki itu daripada memanjat ke atas bumbung rumah.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan lelaki berkenaan melarikan seluar dalam wanita turut ditularkan di media sosial sebagai langkah berjaga-jaga. -Agensi
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube