suria

Derita 4 tahun... Wanita dibotakkan kepala, didera suami curang

Kepala seorang wanita dibotakkan oleh suaminya. Foto Channel 7

SEORANG isteri bukan sahaja didera, malah dibotakkan kepala oleh suaminya yang curang.

Suaminya yang ketagihan dadah dilaporkan menolak permintaan isterinya yang mahu bercerai.

Bukan sekadar itu, si suami turut menghantar gambar dan video dirinya sedang melakukan hubungan intim dengan perempuan simpanan kepada isterinya.

Kejadian berlaku dekat Ban Pakong, Thailand.

Mangsa juga mendakwa dirinya didera oleh suaminya. Foto Channel 7

Mangsa berusia 29 tahun itu kemudian dibantu untuk membuat laporan polis mengenai perbuatan suaminya berusia 33 tahun, pada Rabu lalu.

Berdasarkan siasatan, mangsa dan suaminya sudah berkahwin sejak empat tahun lalu dan mengalami penderaan fizikal sepanjang tempoh itu.

Suaminya sering menuduh mangsa sering menipunya tetapi dia sendiri tidak pernah setia.

Susulan itu, suami mangsa dipanggil polis dan kes tersebut masih dalam siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam. -Agensi

Artikel Lain