suria

Disangka wanita tulen, transgender parah dibelasah lima remaja

Rakaman CCTV menunjukkan seorang remaja transgander dibelasah. -Foto Met Police

SEORANG individu transgender dibelasah dengan kejam oleh lima remaja gara-gara tertipu kerana menyangkanya seorang wanita.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu ditumbuk, ditendang, dihentak dan ditikam sembilan kali dalam kejadian berhampiran sebuah disko.

Lelaki berperwatakan wanita itu hanya terselamat kerana dibantu orang ramai dalam kejadian 10 Februari tahun lalu.

Salah seorang tertuduh berusia 20 tahun yang menikam mangsa dijatuhi hukuman penjara lapan setengah tahun dalam tahanan remaja.

Manakala tiga lagi rakannya berusia 18 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, juga dalam tahanan remaja.

Seorang lagi tertuduh berusia 17 tahun telah diberi perintah pemulihan belia.

Suspek wanita yang menikam mangsa sembilan kali ditahan. - Gambar Met Police

Suspek wanita yang menikam mangsa sembilan kali ditahan. - Gambar Met Police

Kesemua lima tertuduh termasuk seorang wanita mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah dengan niat dalam kejadian di Harrow, barat laut London itu.

Hakim Philip Katz KC berkata serangan 'menjijikkan' itu didorong oleh 'tanggapan balas dendam yang menyimpang', sambil menambah bahawa ia sebahagiannya dikaitkan dengan identiti jantina mangsa.

Difahamkan sebulan sebelum serangan itu, mangsa berada di rumah salah seorang tertuduh dan mereka bercium serta melakukan seks oral.

Seorang rakan tertuduh memberitahu bahawa mangsa sebenarnya seorang transgender dan mengeluarkan pisau untuk mengugut.

Mangsa yang ketakukan akhirnya mengaku sebelum dihalau dari rumah tertuduh berkenaan.

Susulan itu, tertuduh merancang untuk menyerang mangsa sebagai balas dendam. - Agensi

Artikel Lain