suria

Pergaduhan berakhir tragedi, bapa mabuk pukul anak hingga maut

Hukuman berat dikenakan bagi tertuduh yang didakwa atas kesalahan membunuh. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis kerana membunuh anak lelakinya yang berusia 20 tahun ketika kedua-duanya bergaduh.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Selasa, dua beranak tersebut dikatakan mabuk sebelum kedua-duanya bertengkar.

Semasa pergaduhan di rumah mereka yang terletak di kawasan setinggan Amrapli, Maharashtra, India, suspek memukul mangsa dengan objek berat menyebabkan mangsa mengalami cedera parah.

Mangsa yang dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan bagaimanapun meninggal dunia pada pagi Rabu, menurut polis.

Sementara itu, jiran mendakwa suspek dan anaknya hampir setiap hari akan berperang mulut berhubung isu remeh.

Suspek akan didakwa atas tuduhan membunuh. -Agensi

Artikel Lain