PERASAAN amarah yang tidak dikawal boleh membawa padah.
Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki tergamak menyimbah asid ke atas isterinya kerana tidak berpuas hati pasangannya itu meminta cerai.
Dalam kejadian di Bandung, Indonesia pada 14 Januari lalu, suspek berusia 29 tahun dikenali sebagai AFF difahamkan berlaku curang sehingga menyebabkan mangsa melarikan diri dari rumah.
Mangsa turut meminta cerai daripada suspek tetapi tidak diterima.
Selepas perbincangan menemui jalan buntu, suspek akhirnya bertindak kejam menyimbah asid terhadap isterinya sendiri.
Walau bagaimanapun, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital.
Suspek berjaya ditahan oleh pihak berkuasa tempatan di sebuah hotel di Bali, Indonesia pada 21 Januari lalu. -Agensi