MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam keadaan diikat dan dimasukkan dalam guni baja, yang ditinggalkan di tepi jalan dekat kawasan hutan.
Penemuan misteri itu dibuat oleh penduduk kampung, yang mengingatkan kes tersebut serupa dengan insiden tiga pembunuhan kejam, dua tahun lalu.
Mayat mangsa diikat pada pergelangan tangan ditinggalkan dekat pintu masuk ke sebuah ladang getah.
Kejadian berlaku di Mueang Thachang, di Bang Klam, Thailand.
Polis menerima laporan mengenai penemuan mayat tersebut pada Sabtu.
Susulan itu, polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa yang ditemukan tidak berbaju dikatakan sudah meninggal dunia antara empat hingga lima hari.
Siasatan awal turut mendapati mangsa mungkin merupakan pendatang tanpa izin dari Myanmar, dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di lokasi penemuan. -Agensi