suria

Pelajar perubatan ditemukan mati di bilik asrama, polis tak tolak kemungkinan tekanan peperiksaan punca bunuh diri

Tekanan boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan di luar kewarasan akal. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar tahun dua jurusan perubatan ditemukan mati di bilik asramanya, dalam kejadian pada malam Isnin.

Menurut polis, pelajar berusia 23 tahun itu dipercayai membunuh diri ketika rakan sebiliknya mengulangkaji di bilik lain.

Kejadian berlaku di asrama Rangaraya Medical College (RMC) di Kakinada, India.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Kerajaan (GGH) Kakinada untuk proses bedah siasat.

"Kami masih belum menentukan punca dia membunuh diri, kami sedang menyiasat," kata polis.

Biarpun kes berkenaan sedang dalam siasatan lanjut, namun polis tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri kerana tekanan akademik memandangkan peperiksaan praktikal bagi jurusannya akan bermula minggu depan.

Sebagai peringatan bersama khususnya yang beragama Islam, membunuh diri merupakan satu perbuatan yang tergolong dalam dosa besar. -Agensi

Artikel Lain