POLIS menahan dua remaja, termasuk seorang pemandu ambulans berusia 19 tahun atas dakwaan menculik dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Kejadian dilaporkan berlaku di Pathanamthitta, Kerala pada petang Ahad lalu.
Menurut polis, suspek utama iaitu pemandu ambulans menculik mangsa sekitar pukul 6 petang berhampiran rumahnya.
Suspek didakwa membawa mangsa ke sebuah rumah terbiar di Chennamputhur, dan kemudian merogolnya bersama seorang lagi remaja berusia 15 tahun.
Hasil keterangan mangsa, polis berjaya memberkas kedua-dua suspek kira-kira jam 2 pagi Isnin.
Kedua-duanya kini ditahan bagi membantu polis melakukan siasatan lanjut. -Agensi