suria

Minat gadis bawah umur, lelaki bayar ‘sugar baby’ umur 16 tahun untuk aktiviti persundalan... Bukan sekali tapi 5 kali!

Seorang lelaki dipenjara selepas didapati bersalah membayar gadis bawah umur untuk tujuan seks. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara selama setahun setengah kerana membayar seorang 'sugar baby' berusia 16 tahun untuk perkhidmatan seks.

Mario Antonio Di Dier, warga Singapura berusia 42 tahun bertemu dengan gadis itu pada November 2021 melalui laman web Sugarbook.

Menurut laman web tersebut, umur minimum yang diperlukan untuk menggunakan Sugarbook ialah 18 tahun.

Menurut keterangan gadis itu, dia dibayar AS$223 (RM996) selepas pertama kali mereka melakukan hubungan seks pada 2 Disember 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita simpanan lari balik kampung, ketakutan ‘sugar daddy’ minum darah haid ketika ‘bersama’... Katanya syarat bela saka!

Dia turut menerima bayaran tambahan untuk perkhidmatan seks berikutnya yang berlaku sebanyak empat kali.

Polis dimaklumkan mengenai kes itu oleh mangsa yang membuat laporan pada Ogos 2022, mendakwa dia dibayar oleh Di Dier untuk perkhidmatan seks.

Mangsa membuat laporan selepas mendapati seorang lagi rakannya turut dibayar untuk tujuan seks oleh lelaki yang sama. - Agensi.

Artikel Lain