SEORANG penghantar makanan cedera ringan selepas dia menjadi mangsa langgar lari oleh seorang penunggang motosikal warga asing.
Mangsa yang dikenali sebagai Surasak, 35, dilanggar ketika sedang menunggang sebuah motosikal di Pataya, Thailand pada Isnin.
Menurut mangsa, warga asing itu menunggang terlalu rapat sebelum melanggarnya, menyebabkan dia terjatuh di atas jalan.
Malah, mangsa juga nyaris dilanggar oleh sebuah lagi kenderaan lain.
Seorang pemandu teksi datang untuk membantu Surasak, namun penunggang motosikal warga asing itu tiba-tiba memecut meninggalkan tempat kejadian.
Menurut mangsa, dia kecewa apabila warga asing itu melarikan diri dan enggan bertanggungjawab.
Tambahnya, dia akan membuat laporan di Balai Polis Mueang Pattaya, Thailand dalam masa terdekat. - Agensi.