suria

Polis tiup wisel, suluh lampu... 6 lelaki buat seks di taman lari bertempiaran

Enam lelaki melarikan diri selepas mereka disergah polis Khamis lalu.

SEKUMPULAN lelaki yang sedang melakukan seks di sebuah taman awam melarikan diri selepas mereka disergah oleh anggota polis.

Menerusi video tular, polis meniup wisel dan menyuluh lampu, menyebabkan enam pelaku terkejut dan menghentikan perbuatan jijik itu.

Polis bagaimanapun tidak mengejar kumpulan tersebut.

Video yang dirakam di sebuah taman awam di daerah Bang Khen, Bangkok, Thailand pada Khamis itu dikongsi menerusi Esor News.

Jika ditahan, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 388 Kanun Jenayah dan didenda sehingga 5,000 baht (RM658) kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya susah jaga adik lelaki... Individu terkedu jumpa video aksi tak senonoh, kenal sangat lokasi bilik air rumah sendiri!

Bagaimanapun, rakaman aksi seksual mereka dikaburkan.

Netizen Thailand meluahkan kebimbangan serius, menyatakan mereka sepatutnya ke hotel dan tidak melakukan seks di tempat awam.  

Namun, ada yang berpendapat mereka lebih gemar melakukan hubungan seks di tempat terbuka walaupun mampu untuk menyewa hotel.

Seorang netizen lain mendakwa sering melihat aktiviti seks awam di sebuah stadium di wilayah Chiang Mai.  

Beberapa individu mengakui mereka turut menyaksikan perbuatan sama di Taman Chatuchak, Taman Wachirabenchathat dan taman awam di bawah Jambatan Rama VIII.  - Agensi.

Artikel Lain