suria

Syarikat keluar notis amaran pecat pekerja bujang, bercerai

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

SEBUAH syarikat mengeluarkan notis mengancam untuk memecat pekerjanya yang belum berkahwin dan bercerai jika mereka masih bujang menjelang akhir September depan.

Difahamkan, syarikat itu menggaji lebih 1,200 pekerja, mengumumkan dasar yang berjanji untuk meningkatkan kadar perkahwinan syarikat itu pada Januari.

Sehubungan itu, pekerjanya yang bujang dan bercerai antara umur 28 dan 58 tahun perlu berkahwin dan berumah tangga menjelang akhir September tahun ini.

Pengumuman tersebut dibuat di sebuah firma di wilayah Shandong di timur China.

Jika mereka tidak berbuat demikian menjelang akhir Mac, mereka perlu menulis surat kritikan diri.

Jika mereka tidak berkahwin menjelang akhir Jun, syarikat akan menjalankan 'penilaian' terhadap mereka. Jika mereka masih bujang menjelang akhir September, mereka akan dipecat.

Syarikat ini juga menyokong satu dasar yang menekankan nilai-nilai tradisional Cina seperti kesetiaan dan kesopanan terhadap ibu bapa.

"Tidak memberi respons kepada seruan kerajaan untuk meningkatkan kadar perkahwinan adalah tidak setia. Tidak mendengar kata ibu bapa adalah tidak berbakti.

"Membiarkan diri anda kekal bujang adalah tidak penyayang. Gagal memenuhi harapan rakan sekerja adalah tidak adil," menurut pengumuman tersebut.

Bagaimanapun dilaporkan, seorang pegawai kerajaan memaklumkan bahawa notis syarikat itu melanggar Undang-Undang Pekerjaan China dan Undang-Undang Kontrak Pekerjaan. -Agensi

Artikel Lain