suria

Anggota polis diserang ketika pulang bersahur, rakan terkejut anak panah tertusuk pada lengan

Sebarang perlakuan dengan niat mendatangkan kecederaan akan disiasat sebagai kes jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG anggota polis bersama rakannya diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali yang menunggang motosikal, ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas selesai bersahur di rumah majikan.

Menurut Ketua Polis Kota Makassar, Arya Perdana, hasil keterangan saksi yang juga rakan mangsa, mereka yang baru sahaja keluar dari rumah majikan apabila dikejar kumpulan berkenaan.

Menurutnya, kumpulan penyerang berkenaan bersenjatakan parang dan busur panah.  

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 22 tahun mengalami kecederaan selepas tangan kanannya tertusuk anak panah.

"Seorang mangsa terkena panah," katanya ketika mengesahkan kejadian yang berlaku di Panakkukang, Kota Makassar, Sulawesi Selatan pada awal pagi Sabtu (waktu tempatan).

Beliau menambah, rakan mangsa juga menafikan serangan berkenaan mempunyai kaitan dengan masalah peribadi atau masalah lain.

Ujarnya, sebaik diserang, dia segera memecut motosikalnya untuk menyelamatkan diri. 

Mangsa kini dirawat di Hospital Bhayangkara Makassar untuk menjalani rawatan lanjut. 

Sementara itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Makassar masih berusaha memburu pelaku yang disyaki sebahagian daripada kumpulan motosikal berkenaan. -Agensi  

Artikel Lain