MAYAT sembilan pelajar yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan mengerikan selepas ditinggalkan di tepi sebuah lebuh raya, pada Ahad lalu.
Kehilangan mereka dilaporkan sejak bulan lalu.
Lebih menyayat hati adalah penemuan sebuah beg yang mengandungi sejumlah bahagian tangan yang dikerat.
Kesemua mayat ditinggalkan di San Jose Miahuatlan, di sempadan Puebla dan Oaxaca, Mexico, kira-kira 282 kilometer dari Mexico City.
Empat daripada sembilan mayat ditemukan di dalam sebuah kereta, manakala lima lagi dijumpai di bawah kanvas yang berlumuran darah berdekatan kenderaan itu.
Laporan awal memaklumkan bahawa kesemua mangsa merupakan pelajar dari Tlaxcala, yang mengembara ke pantai di Oaxaca untuk percutian.
Media tempatan melaporkan sembilan mayat itu dikenal pasti sebagai Angie Lizeth, 29; Brenda Mariel, 19; Jacqueline Ailet, 23; Noemi Yamileth, 28; Lesly Noya Trejo, 21; Raul Emmanuel, 28; Ruben Antonio, dan Rolando Armando.
Identiti mangsa kesembilan masih belum dikenal pasti.
Setakat Selasa, tiada suspek dikenal pasti, tetapi dipercayai melibatkan kumpulan kartel.
Ketua Pejabat Peguam Negara Puebla, Idamis Pastor Betancourt memberitahu bahawa setakat ini pihaknya tidak dapat memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.
Kes tersebut masih dalam siasatan. -Agensi