SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa menetak isteri dan ibu bapanya mentuanya menggunakan kapak di rumah mereka.
Suspek berusia 31 tahun itu dipercayai menyerang kedua-dua mangsa sehingga cedera parah di kepala.
Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana berang apabila isterinya enggan melakukan hubungan intim bersamanya.
Kejadian berlaku di Kampung Pulau Tanjung, Asahan, Sumatera Utara di Indonesia, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Simpang Empat, AKP Juni Tua Siregar berkata, suspek yang tinggal serumah bersama isteri dan mentuanya.
Keengganan si isteri untuk melakukan hubungan intim menyebabkan suspek mengamuk, lalu mengambil kapak dan memukul mangsa sehingga terkena tangannya.
Ibu bapa mangsa yang mendengar jeritan anak mereka cuba membantu dan merampas kapak tersebut.
Bagaimanapun, suspek menyerang bapa mangsa sehingga mengalami kecederaan di kepala. Selepas menetak isteri dan ibu mentuanya, suspek melarikan diri.
Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas polis dan kes tersebut dalam siasatan.
Mangsa kini masih menjalani rawatan di hospital, akibat kecederaan parah.
Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi