suria

Bapa gantung diri selepas lemaskan 2 anak dalam baldi, kecewa prestasi akademik lemah

Tekanan melampau menjadi antara sebab seseorang bertindak di luar kewarasan akal. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki bertindak menggantung diri selepas didakwa membunuh dua anak lelakinya yang masih di bawah umur kerana kecewa dengan 'prestasi akademik yang lemah'.

Menurut polis, lelaki berusia 37 tahun dari Andhra, India itu didakwa melemaskan kedua-dua anaknya di dalam baldi berisi air, dalam kejadian kira-kira 10 pagi Jumaat. 

"Dia membunuh anak-anaknya kerana prestasi akademik yang lemah, bimbang mereka tak mampu bersaing dalam dunia yang kompetitif jika  tidak cemerlang dalam pelajaran. 

"Justeru dia mengambil langkah ekstrim ini," kata jurucakap polis.

Terdahulu, isteri mangsa membuat laporan polis mengatakan suaminya ditemui tergantung di dalam bilik tidur manakala anak-anak mereka pula ditemukan tidak bernyawa di dalam baldi. 

Menurutnya jurucakap itu lagi, polis menemui satu nota bunuh diri dan kandungannya sedang diperiksa pasukan forensik, sementara siasatan sedang dijalankan untuk menentukan motif pembunuhan sebenar yang membawa kepada tragedi tersebut. -Agensi

Artikel Lain