SEORANG lelaki mendakwa alat sulitnya mengecut dan berubah bentuk, selain mengalami kesan sampingan lain akibat pengambilan pil rambut.
Mark Millich, 26, berkata dia membeli pil untuk mencegah masalah keguguran rambut itu secara dalam talian pada Januari 2021.
Bekas sarjan tentera Amerika Syarikat (AS) itu mendakwa dia mengalami kesan sampingan yang mengerikan termasuk rasa pening dan pelat ketika bercakap.
Antara lain, lelaki bertubuh sasa itu turut kehilangan jisim otot dan mengalami kulit yang kendur.
Dakwanya, sampingan paling buruk adalah libidonya merosot dengan mendadak.
Selain hilang nafsu seks, Millich berkata dia kecewa kerana alat sulitnya berubah bentuk dan menjadi semakin kecil.
Millich turut mendakwa syarikat pengeluar itu menghasilkan iklan yang tidak tepat, mengelirukan dan gagal memberitahu pelanggan tentang kesan sampingannya.
Menurut data daripada Epic Research, seramai 2.6 juta rakyat Amerika mengambil ubat tersebut setakat 2024, dan jumlah itu semakin meningkat. - Agensi.