SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengaku telah membunuh adik sepupunya yang berusia empat bulan dengan mencampakkannya ke dalam perigi.
Menurut polis, mangsa pada mulanya dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Kannur, Kerala, India.
Selepas pencarian dilakukan, mayat bayi malang itu ditemukan selang beberapa jam di dalam perigi berdekatan rumah keluarganya.
Polis melakukan soal siasat terhadap beberapa ahli keluarga mangsa sebelum kanak-kanak perempuan tersebut akhirnya mengaku mencampakkan sepupunya itu ke dalam perigi.
Menurutnya, dia melakukan jenayah berkenaan kerana cemburu dan merasakan perhatian lebih ditumpukan kepada mangsa sejak dilahirkan.
Polis menahan kanak-kanak tersebut dan dia bakal didakwa di Lembaga Kehakiman Juvana kerana masih di bawah umur. -Agensi